Sunday, 16 November 2014

Padang Serai Cetus Gagasan Ziarah Karyawan

Padang Serai :  Orang Padang Serai tidak pernah sedar bahawa pekan kecil di selatan negeri Kedah ini telah menjadi tempat pertemuan karyawan lama dan baru. Dalam pertemuan ini mereka berbincang pelbagai perkara mengenai kegiatan seni.

Pertemuan ini selalu di adakan di Gerai Makan Cenerai di luar pekan Padang Serai, Jalan menuju ke Baling. Gerai makan tersebut menyediakan makanan yang enak dengan harga yang berpatutan. Golongan keryawan ini menjadikan sup tulang gearbox sebagai menu utama mereka.

Karyawan luar Padang Serai yang selalu datang ke sini ialah Pengarah Filem tersohor Yasin Saleh yang mengarah filem "Dia Ibuku". Filem tersebut berjaya merais 10 trofi dalam satu festival filem. Pencapaian itu sehingga kini tidak mampu diatasi oleh mana-mana filem.

Pengarah Filem/Drama serta Penulis Skrip Kamal Ishak serta isterinya Wan Nor  yang juga seorang penulis novel dan skrip. Pengarah drama Khalid Sulaiman fdam yang prolifik waktu ini. Seorang lagi Penulis Skrip dan Novel terkenal khususnya di Kedah Amelia Hashim.

Kehadiran mereka di sini untuk bertemu saya serta kawan-kawan lain seperti Ismail Arifin penulis skrip yang cukup prolifik satu masa dulu dan  Saad Nordin Wartawan Penyiaran di Kawasan Kulim/Padang Serai dan Baling.

Pertemuan-pertemuan ini di sertai oleh Ku Rashidi seorang ahli perniagaan terkenal di Padang Serai, Sukri Shawal seorang jurukamera media serta sesekali Wartawan Utusan Razak Osman.

Pertemuan di sini telah menghasilakn gagasan besar iaitu Program Ziarah Karyawan yang menghimpunkan  karyawan lama dan baru daripada pelbagai gerne. Pertemuan Ziarah Karyawan yang pertama telah diadakan di Ulu Legong, Baling dan disertai lebih kurang 70 peserta. Penyertaannya sehingga dari Singapura dan Indonesia. Kini akan berlangsung pertemuan kedua yang akan diadakan di Janda Baik, Bentong, Pahang.



Walaupun Program ini tidak diadakan di Padang Serai namun gagasan ideanya lahir di Padang Serai.

No comments:

Post a Comment