Friday, 7 November 2014

Ahli Parlimen Popularkan Padang Serai

Padang Serai:  Parlimen Padang Serai berada di bawah satu pentadbiran  Pejabat  Daerah Kulim adalah sebuah pekan kecil di selatan Kedah.Padang Serai merupakan kawasan kecil yang tidak siapa kenali. Orang lebih mengenali Bagan Serai di Perak daripada Padang Serai di Kedah.

Padang Serai mula dikenali apabila N.Gopalakrisnan mewakili PKR memenangi Pilihanraya Umum Ke-12, pada tahun  2008.  Beliau mengalahkan calon dari      Barisan Nasional  (MCA) Datuk Boey Chin Gan dengan majoriti sebanyak 11,738 undi. Beliau memperolehi 28,774 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,036 undi.

Sejak  bergelar Ahli Parlimen Padang Serai beliau telah mencipta pelbagai kontrovesi . Kontroversi  ini menyebabkan ramai yang mengenai beliau malah mengenali Padang Serai. Beliau pernah didakwa di Mahkamah Majistret,  Bukit Mertajam pada                 19hb. Ogos, 2009 atas tuduhan menghalang tugas            polis pada hari penamaan calon bagi Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009.

Pada 16 disember 2009, Gobalakrishnan didenda RM1000.00 atau 7 minggu penjara kerana menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai PDRM dalam satu perhimpunan haram anjuran Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di hadapan sebuah         kuil di Batu Caves, Gombak.

Beliau juga mencipta pelbagai kontroversi semasa siding parlimen semasa beliau menjadi ahli parlimen. Dan kontroversi terakhir apabila beliau mengumumkan keluar PKR pada Januari 2011 dan sekali lagi orang mengenali Padang Serai.

Namun dalam Pilihanraya Umum 2013, N.Gopala Krisnan yang bertanding sebagai calon bebas kalah ditangan calon PKR, N. Surendran. Beliau hanya mendapat 2,630 undi semntara N. Surendran memperolihi 34,151 undi. Siangan terdekat beliau calon BN (MCA) Datuk Heng Seai Kie  yang memperolihi 25,714 undi .

Ahli Parlimen baru PKR, N. Surendran yang merupakan seorang peguam Hak Asasi Manusia juga  berjaya mempopularkan Padang Serai. Beliau pernah dihalau keluar daripada Dewan Rakyat dan digantung daripada menghadiri sidang disamping salah seorang peguanbela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembicaraan kes Liwat II. Inilah dua tokoh yang memperkenalkan Padang Serai di mata rakyat Malaysia.

Kini Padang Serai sedang berkembang pesat dan bakal menjadi Bandar kediaman yang besar di Kedah. Padang Serai  kini mempunyai begitu banyak taman perumahana seperti Taman Melati, Taman Sri Melati, Taman Ria, Taman Serai Setia, Taman Serai Wangi,  Taman Mahsuri, Taman Berkat, Taman Melor, Taman Damai, Taman Lagenda dan  Taman Bunga Raya.

Padang Serai juga dilingkungan dengan kampung  Teluk Binu, Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey juga terdapat sebuah Ladang  sawit yangiaitu Ladang Victoria.




Padang Serai kini telah berkembang dan memiliki apa yang dimiliki oleh bandar-bandar besar kecuali ‘shoping Mall’ yang besar.  Perkembangan pesat ini pasti akan berjaya menarik syarikat-syarikat besar membuka ‘Shoping Mall di sini suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment