Padang Serai: Parlimen
Padang Serai berada di bawah satu pentadbiran
Pejabat Daerah Kulim adalah
sebuah pekan kecil di selatan Kedah.Padang Serai merupakan kawasan kecil yang
tidak siapa kenali. Orang lebih mengenali Bagan Serai di Perak daripada Padang
Serai di Kedah.
Padang Serai mula dikenali apabila N.Gopalakrisnan mewakili
PKR memenangi Pilihanraya Umum Ke-12, pada tahun 2008. Beliau mengalahkan calon
dari Barisan Nasional (MCA)
Datuk Boey Chin Gan dengan majoriti sebanyak 11,738 undi. Beliau memperolehi
28,774 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,036 undi.
Sejak bergelar Ahli
Parlimen Padang Serai beliau telah mencipta pelbagai kontrovesi . Kontroversi ini menyebabkan ramai yang mengenai beliau
malah mengenali Padang Serai. Beliau pernah didakwa di Mahkamah Majistret,
Bukit Mertajam pada 19hb. Ogos, 2009 atas
tuduhan menghalang tugas polis pada
hari penamaan calon bagi Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009.
Pada 16 disember 2009, Gobalakrishnan didenda RM1000.00 atau
7 minggu penjara kerana menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan
pegawai PDRM dalam satu perhimpunan haram anjuran Barisan Bertindak
Hak-Hak Hindu (Hindraf) di hadapan sebuah kuil di Batu Caves, Gombak.
Beliau juga mencipta pelbagai kontroversi semasa siding parlimen
semasa beliau menjadi ahli parlimen. Dan kontroversi terakhir apabila beliau
mengumumkan keluar PKR pada Januari 2011 dan sekali lagi orang mengenali Padang
Serai.
Namun dalam Pilihanraya Umum 2013, N.Gopala Krisnan yang
bertanding sebagai calon bebas kalah ditangan calon PKR, N. Surendran. Beliau
hanya mendapat 2,630 undi semntara N. Surendran memperolihi 34,151 undi.
Siangan terdekat beliau calon BN (MCA) Datuk Heng Seai Kie yang memperolihi 25,714 undi .
Ahli Parlimen baru PKR, N. Surendran yang merupakan seorang
peguam Hak Asasi Manusia juga berjaya
mempopularkan Padang Serai. Beliau pernah dihalau keluar daripada Dewan Rakyat
dan digantung daripada menghadiri sidang disamping salah seorang peguanbela
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembicaraan kes Liwat II. Inilah dua tokoh yang
memperkenalkan Padang Serai di mata rakyat Malaysia.
Kini Padang Serai sedang berkembang pesat dan bakal menjadi Bandar
kediaman yang besar di Kedah. Padang Serai kini mempunyai begitu banyak taman perumahana
seperti Taman Melati, Taman Sri Melati, Taman Ria, Taman Serai Setia, Taman
Serai Wangi, Taman Mahsuri, Taman Berkat,
Taman Melor, Taman Damai, Taman Lagenda dan
Taman Bunga Raya.
Padang Serai juga dilingkungan dengan kampung Teluk Binu, Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang
dahulunya dikenali Kampung Dekey juga terdapat sebuah Ladang sawit yangiaitu Ladang Victoria.
Padang Serai kini telah berkembang dan memiliki apa yang
dimiliki oleh bandar-bandar besar kecuali ‘shoping Mall’ yang besar. Perkembangan pesat ini pasti akan berjaya
menarik syarikat-syarikat besar membuka ‘Shoping Mall di sini suatu hari nanti.